Dilema Politik Dakwah Tatkala Euro 2016, Antara Mengaut Mad’u Dan Menyusun Jalan Muttaqin

DILEMA POLITIK DAKWAH TATKALA EURO 2016, ANTARA MENGAUT MAD’U
DAN MENYUSUN JALAN MUTTAQIN

Oleh : Ahmad Hakimi Othman


Bagi penggerak politik dakwah Ramadhan ini, terutamanya di Selangor dan Perak. Pasti bertemu dengan dilema bagi mencapai sebanyak mungkin pengundi atau bergerak atas landasan pembinaan Ramadhan yang mahu kepada jiwa jiwa muttaqin.

Ada yang berfikir jalan pintas demi dakwah, ada baik menganjurkan skrin besar bagi membolehkan anak anak muda berkumpul bersama menikmati siaran langsung bola Eropah dan disalut tazkirah antara selang masa dan sebagainya. Tujuan baik, pengisian pun ada, apakah ia juga tidak boleh?

Sahabat sahabat yang terlibat perlu melihat dari tujuan kedua dua program yang mahu cuba dikahwinkan serentak ini. Suasana hiburan bola Euro 2016 dan suasana Ramadhan yang sepatutnya diraikan oleh orang orang beriman. Euro 2016 adalah program hiburan dari barat yang kebanyakan kita suka. Kita suka bola. Namun harus sedar, di balik program ini, ada budaya judi, ada budaya nasionalisme yang digayakan dan dipersembahkan dengan hiasan budaya kapitalisme. Pastinya ia sekadar hiburan dan terarah pada menyedapkan nafsu gembira kita sahaja.

Sebaliknya, bagi kita yang membawa obor islam. Suara kita ada suara membawa manusia mengenal islam, kembali pada jalan Allah. Apatah di bulan ramadan, membina jiwa jiwa bertaqwa yang mampu berjihad memenangkan agama Allah.

Ingatlah sejarah pensyariatan puasa di bulan Ramadhan tahun kedua hijrah. Tahun yang masih muda untuk sebuah daulah islam di  adinah. Daulah yang tiada apa apa sumber kewangan. Namun di dalam suasana tersebut berlaku 4 peristiwa penting di bulan Syaaban dan Ramadhan. Di syariatkan berpuasa, di tentukan nisab dan nilai zakat, di pindah kiblat dari Baitul Maqdis ke Kaabah dan diizinkan berjihad mempertahankan dan menjulangkan Islam. Akhirnya, bila datangnya Ramadhan, bertambah kuat iman dan taqwa sehingga Tercipta kemenangan besar Badar Al Kubra pada 17 ramadhan. Menang yang memisahkan haq dan bathil.

Makanya, bagaimana mengurus dilema ini?

Sememamg minat anak muda tidak dapat dihalang. Namun minat ke arah lagha ini, bukanlah kita yang menyediakan platformnya. Untuk kita, raikan Ramadhan dengan kemuliaan iman adalah lebih baik.

Namun, untuk dakwah. Boleh sahaja kita kunjungi tempat mereka menonton membawa saguhati dakwah dan makanan. Mereka mahu menonton, pasti mereka tahu tempatnya. Dan kita juga tahu tempatnya. Jalan yang terbaik, tempat tersebut diziarah. Namun bukan pula kita yang anjurkan. Dengan ini, ruh dakwah lebih sesuai dengan tujuan ramadan yang mahu membina takwa bagi persiapan kemenangan tulen dari Allah.

Moga, tulisan ini memberi percerahan.

11 Jun 2016

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

+ forty eight = 58