Realiti Ummat Islam Seperti Sekumpulan Kambing, Musuh Islam Seperti Penyembelih Kambing

REALITI UMMAT ISLAM SEPERTI SEKUMPULAN KAMBING, MUSUH ISLAM SEPERTI PENYEMBELIH KAMBING

Oleh : Abdul Mu’izz Muhammad

Realiti ummat Islam seperti sekumpulan kambing. Dan musuh Islam seperti penyembelih kambing. Disembelih kambing-kambing tersebut tiada henti, tanpa reaksi pertentangan. Tiba-tiba salah seekor dari kambing yang disembelih itu memancutkan darah ke arah penyembelih, hanya sebagai reaksi menanggung kesakitan. Lantas si penyembelih tadi terus menghebahkan kepada dunia bahawa kambing-kambing tersebut kasar, ganas dan tidak beradab. Seperti tersawan, lupa bahawa dialah yang memulakan penyembelihan.

Itulah perumpamaan perjuangan umat menentang taghut. Hanya reaksi yang sedikit, ummat Islam terus dituduh pengganas, tidak beradab, fanatik dan ekstrimis. Sedangkan mereka telah menanggung tekanan dan penderitaan yang tidak mendapat pembelaan. Dan dunia seolah-olah buta tentang kezaliman taghut ke atas kita, berkata oleh Al-Syahid Syeikh DrAbdullah Azzam.

Taghut merancang untuk mencabut nyawa saudara-saudara kita di kalangan Ikhwan Muslimin Mesir, semoga dengan jenayah tersebut gelaplah nasib makhluk perosak itu di akhirat. Semoga setiap individu yang terlibat, menyokong dan bersetuju dengan Sisi tidak kiralah siapa pun mereka, dihumban ke dalam Jahanam. Allahumma amin.

“Jika dipenjara aku bercuti. Jika dibuang negeri aku melancong. Jika dibunuh aku syahid”, kalam daripada Syeikhul Islam al-Harrani.

07 Jun 2016

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

ninety seven − ninety one =