Petikan Kuliah Jumaat Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, “Vatican City Akan Bertukar Islam”

PETIKAN KULIAH JUMAAT DATO’ SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG, “VATICAN CITY AKAN BERTUKAR ISLAM”

Catatan oleh : Alang Ibn Shukrimun

Sabda Rasulullah SAW :

لَتُفْتَحَنَّ الْقُسْطَنْطِينِيَّةُ فَلَنِعْمَ الْاَمِيرُ اَمِيرُهَا وَلَنِعْمَ الْجَيْشُ ذَلِكَ الْجَيْشُ

“Akan dibuka kota Costantinople. Sebaik-baik tentera adalah tenteranya dan sebaik-baik pemimpin adalah pemimpinnya”

[Hadis Riwayat Ahmad]

Kota Costantinople adalah salah sebuah pusat pemerintah Rom Timur. Mereka adalah penganut mazhab Kristian Orthodox atau dikenali sebagai Rom Byzantine. Dahulunya Rom Timur menjadikan Syam/Syria sebagai pusat pemerintahan mereka. Tetapi apabila Saidina Umar membuka kota Syam, mereka lari ke Costantiple dan menjadikannya sebagai pusat kerajaan seterusnya.

Rom pula terbahagi kepada dua. Rom Timur dan Rom Barat. Pusat pemerintahan Rom Barat berada di Vatican City di tengah Rome, Italy. Dalam hadis Nabi yang lain, baginda bersabda, “Akan dibuka kota Costantinople dan Rome.”

Pembukaan kota tersebut tidak berlaku di zaman Nabi. Ramai para sahabat cuba membuka kota tersebut tetapi di zaman Uthmaniah, ratusan tahun selepas Sabda Nabi barulah kota Costantinople berjaya dibuka.

Abu Ayyub al-Ansari, salah seorang sahabat yang memburu janji baginda. Beliau bersama tentera Islam di zaman Saidina Uthman cuba membuka kota tersebut. Malangnya Rom memiliki teknologi perang yang hebat. Antaranya peluru api yang boleh dilancarkan di dalam air sehingga membakar kapal-kapal umat Islam.

Abu Ayyub telah berwasiat, sekiranya beliau terkorban, semadikan jasadnya di pinggir tembok Costantinople kerana masih percaya kota itu akan dibuka jua suatu hari ini.

Rom Barat pula masih belum dibuka. Tetapi ia tetap akan berlaku. Kiamat tidak akan berlaku sebelum kota ini dibuka. Bilakah masanya, bilakah kiamat hanya tuhan yang tahu. Tetapi ia tetap akan berlaku. Ini janji Nabi SAW.

Catatan pada : 28 Rejab 1437H bersamaan 06 April 2016M

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

fifty + = fifty two