Portal Rasmi Kesatuan Ulamak Islam Sedunia Cawangan Asia Tenggara Dilancarkan

Dengan jayanya, Portal rasmi Kesatuan Ulamak Islam Sedunia telah pun dilancarkan oleh Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang selaku Naib Ketua Kesatuan Ulamak Islam Sedunia dalam Muktamar PAS Pusat kali ke 65 yang berlangsung pada hari ini, bertempat di Pusat Tarbiyah Islam Kelantan (PUTIK), hasil daripada persetujuan mesyuarat tokoh-tokoh Kesatuan Ulamak Islam Sedunia yang berlangsung di Qatar pada awal tahun 2016.

Sebelum portal rasmi ini dilancarkan pada Muktamar PAS kali ke 65 ini, telah pun diadakan taklimat awal dalam merealisasikan portal rasmi Kesatuan Ulamak Islam Sedunia Cawangan Asia Tenggara bertempat di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

Pertemuan awal tersebut telah pun dihadiri oleh Naib Ketua Kesatuan Ulamak Islam Sedunia, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Turut hadir sama dalam pertemuan awal tersebut, ialah Saudara Suhaimi Embong selaku Pengarah IT PAS Pusat, Saudara Nazmi Nik Din selaku Pengarah Urusan Media Kesatuan Ulamak Islam Sedunia Cawangan Asia Tenggara, Saudara Kamaruzaman Mohamad selaku Pegawai Akhbar Presiden PAS, serta barisan penggerak portal rasmi tersebut.

Matlamat penubuhan portal rasmi ini adalah untuk memudahkan masyarakat Asia Tenggara umumnya dan masyarakat Malaysia khususnya bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan isu tempatan dan antarabangsa bersumberkan berita yang sahih.

ettihad4

Selain itu, matlamatnya termasuklah juga memenuhi keperluan semasa dalam era globalisasi ini yang dikuasai oleh Barat kepada seluruh negara Islam, sekaligus mampu dijadikan medium untuk berhadapan cabaran pemikiran Liberalisme, Sosialisme, Sekularisme yang menyerang pemikiran orang Islam seperti menimbulkan keraguan tentang syariat Islam.

Fokus portal rasmi ini adalah memberi maklumat yang benar kepada masyarakat Asia Tenggara, meliputi negara Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei Darul Salam, Thailand, Kemboja, Filipina dan negara-negara sekitarnya lagi.

Menerusi pertemuan ini, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menggesa beberapa pihak agar sentiasa berusaha menggerakkan media yang berterasakan disiplin Islam, medium yang tidak mengajarkan masyarakat berkaitan pendustaan atau sangkaan mahupun khabar angin yang tidak berfakta.

Tegas Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang lagi, peranan cabang media yang diwujudkan ini mampu memupuk kesedaran Islam berkenaan isu-isu semasa di kalangan ummat Islam dari perspektif Kesatuan Ulamak Islam Sedunia, sekaligus membetulkan gambaran yang diputarbelitkan oleh media massa Barat mengenai Islam kepada golongan Buddha, Hindu, Kristian dan agama-agama bukan Islam yang lain.

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

+ fifty eight = sixty five