Berhukum Dengan Wahyu Allah dan Bukan Sebaliknya

BERHUKUMLAH DENGAN WAHYU ALLAH DAN BUKAN SEBALIKNYA

Oleh : Dr Muhamammad Atiullah Othman

Firman Allah SWT :

فَاحْكُم بَيْنَهُم بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ عَمَّا جَاءَكَ مِنَ الْحَقِّ لِكُلٍّ جَعَلْنَا مِنكُمْ شِرْعَةً وَمِنْهَاجًا

“Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu Syariat dan jalan ugama (yang wajib diikuti oleh masing-masing.” (Surah Al-Maidah, ayat 48)

Ayat ini menyebut arahan Ilahi agar melaksanakan hukum yang telah diturunkan bersesuaian dengan agama masing-masing kerana setiap umat mempunyai perundangan dan cara yang jelas mereka amalkan. Malah, hendaklah kita menjauhi kehendak yang menjauhi dari kebenaran yang Allah ajarkan. Oleh itu, arahan ini merupakan arahan umum terhadap semua bangsa selagi tiada pembatalan.

Agama Islam merupakan pembatalan terhadap agama sebelumnya. Malah, Islam adalah cara kehidupan lengkap yang menafikan ideologi-ideologi selain Islam seperti Kapitalisme, Sosialisme, Komunisme, dan Existenalisme. Islam adalah agama kebenaran yang mengajak semua kehendak manusia kepada satu kehendak iaitu kehendak Ilahi agar kehendak manusia hanya merujuk kepada kehendak Ilahi bukan merujuk kepada perbezaan dan perbalahan kehendak manusia.

Namun, Liberalisme anutan beberapa sarjana Muslim pula mempertikaikan sumber hukum dan segala hukum hakam syariah. Islam Liberal mengamalkan sikap kritis yang melampau terhadap turath (al-Qur’an, al-Sunnah dan karya fekah klasik). Mereka mengatakan berpegang kepada turath akan menyebabkan kelemahan intelektual dan material umat Islam. Mereka berhujah bahawa penolakan warisan turath adalah kecenderungan terhadap ijtihad terawal, monopoli dan bersikap authoritarian ulama, pro-Arabian, bersikap diskriminasi wanita, penindasan terhadap bukan Islam, mempunyai elemen fundamentalis dan bersikap fanatik, menisbahkannya dengan kejahilan tanpa menggunakan akal dan ketinggalan zaman.

Golongan Islam Liberal meletakkan wajah buruk terhadap syariat Islam. Islam Liberal menggambarkan dua pilihan antara Barat yang moden dan agama yang dilihat kolot. Malah, Jaringan Islam Liberal mendakwa bahawa ilmu fiqih menyebabkan pemikiran radikal dan fundamentalis dalam isu muslim dan non-Muslim. Mereka turut menyelar syariat Islam yang didakwa lengkap dan penyelesai segala masalah adalah bentuk kemalasan berfikir dan lari daripada masalah.

Golongan Islam Liberal juga berhujah bahawa syariat Islam bercanggah daripada undang-undang antarabangsa lebih-lebih lagi berkaitan hak asasi manusia yang digariskan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Malah, mereka mengatakan syariat adalah tidak sesuai dan tidak adil dalam masyarakat majmuk, agama merupakan urusan peribadi dan perlu dipisahkan daripada sistem bernegara. Justeru, golongan liberal mengatakan agenda perubahan dan modenisasi adalah sangat perlu dengan mengubah ajaran Islam. Golongan Islam Liberal juga mahu membuang syariah dengan membuka pintu ijtihad.

Oleh demikian, hendaklah kita memahami apakah argumen dan penghujahan yang selalu musuh Islam gunakan untuk mempertikaikan Islam. Janganlah, seseorang Muslim memanjangkan lidah menyambung seruan liberalisme menentang perjuangan Syariat Islam. Sepatutnya, sebagai seorang Muslim, seorang terpelajar, memahami al-Qur’an dan hadis perlulah menyambung lidah perjuangan para Rasul yang menyebut makna ayat di atas ”Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu”.

02 Jun 2016

? IKUTI INFORMASI SEMASA DAN TERKINI DI LAMAN TERTERA DI BAWAH :

?WEBSITE
?KESATUAN ULAMAK ISLAM SEDUNIA
?ulamasedunia.org

?FACEBOOK
?KESATUAN ULAMAK ISLAM SEDUNIA
?facebook.com/ulamasedunia

?ISTAGRAM
?ULAMASEDUNIA
?istagram.com/ulamasedunia

?TWITTER
?ULAMASEDUNIA
?twitter.com/ulamasedunia

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

eighty nine + = 98