Elak Jemput Kuasa Asing Campur Tangan Masalah Ummat

“ELAK JEMPUT KUASA ASING CAMPUR TANGAN MASALAH UMMAT”

Oleh : Media_Ettihad_2016

KOTA BHARU: Mesej disampaikan Presiden PAS, Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengenai pergolakan politik dunia Islam ditegaskan lagi di Muktamar Pemuda dalam Timbalan Presiden.

Timbalan Presiden menegaskan lagi kepentingan mengambil sikap berwaspada terhadap percaturan kuasa-kuasa besar melibatkan negara-negara Islam.

Timbalan Presiden Dato Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan yang umat Islam mesti bersikap berhati-hati terhadap perancangan musuh yang akhirnya menjadikan negara-negara Islam sebagai medan perang proksi.

“Masalah umat Islam hendaklah diselesaikan oleh umat Islam sendiri dan bukan menjemput kuasa asing,” kata Tuan Ibrahim.

Beliau turut memberi contoh bagaimana sesetengah rakyat Iraq yang pada mulanya menyambut kehadiran tentera Amerika yang mahu menjatuhkan diktator Saddam Hussein kerana merasakan bantuan itu akan membebaskan mereka.

Tuan Ibrahim juga mengulangi amaran yang pernah ditegaskan oleh Tuan Guru Presiden agar jangan menjemput kuasa asing untuk membantu menentang pemerintah yang zalim, yang akhirnya akan mengakibatkan campur tangan asing yang menjerat.

Tetapi, jelas Tuan Ibrahim, akhirnya Iraq berdepan huru-hara dan konflik yang berpanjangan dan tidak dapat diselesaikan.

Menurut Timbalan Presiden itu lagi, konflik antara mazhab terbesar dalam Islam juga menjerumuskan umat dalam konflik yang merugikan.

Menurut beliau, kuasa besar musuh Islam suka melihat konflik antara Sunni dan Syiah seperti yang dilihat di Asia Barat pada masa ini.

“Kuasa besar menyokong Sunni apabila melihat (sokongan ini) memberi manfaat kepada mereka, dan menyokong Syiah bila memberi manfaat kepada mereka.”

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

nine + one =