Pertemuan Dua Tokoh Pendakwah Bagi Impak Positif

KUALA LUMPUR : Pertemuan bersama pendakwah Dr Zakir Naik dengan Tuan Guru Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang memberikan satu impak positif kepada seluruh pendokong gerakan Islam.

Kehebatan dua tokoh Islam tersebut mempunyai tarikan dan sumbangan besar kepada masyarakat terutama menyampaikan kefahaan Islam sebenar.

Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sentiasa menjadi tumpuan dunia dalam perkara berkaitan dengan dakwah serta isu global seperti kezaliman rakyat Palestian dan seumpamanya.

Pengiktirafan dunia kepada beliau dikuatkan lagi apabila dipilih sebagai Naib Ketua Kesatuan Ulamak Dunia yang sebaris dengan Dr Yusof Al-Qardhawi.

Beberapa respon yang diterima oleh masyarakat umumnya menyatakan kredibiliti beliau bukan sahaja kemampuan dalam memimpin bahkan istiqamah menyampaikan ilmu kepada masyarakat.

Justeru pertemuan bersama tokoh pendakwah Islam itu memberikan ruang untuk berkongsi pandangan dan pendapat untuk diaplikasikan dalam konteks keperluan negara.

Ditulis oleh : AmeerulHaq

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

56 − fifty =