Baitul Maqdis Dan Isra Mikraj

Khutbah Jumaat
Oleh: Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Tajuk: Baitul Maqdis Dan Isra Mikraj
06 MEI 2016

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِى أَنْزَلَ عَلَى عَبْدِهِ الْكِتَبَ وَلَمْ يَجْعَل لَّهُ, عِوَجَا. أَشْهَدُ أَن لَّا إِلهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ ، لَهُ المُلْكُ وَلَهُ الحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ. وَأَشْهَدُ أَن مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ,، الْمَبْعُوثُ رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى حَبِيبِنَا وَشَفِيعِنَا وَإِمَامِنَا وَقُدْوَتِنَا مُحَمَّدٍ ، نَبِيِّ الَّرحْمَةِ وَشَفِيعِ الأُمَّةِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَمَنْ تَبِعَهُ, وَنَصَرَهُ, وَوَالَاهُ,.

أَمَّا بَعْدُ :

فَيَا عِبَادُ اللهِ، اتَقُوا اللهَ. وَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التِّقْوَى، فَقَدْ فَازَ المُتَّقُونَ.

Wahai hamba-hamba Allah, bertaqwalah kamu kepada Allah dengan mengikut segala perintahnya dan meninggalkan segala laranganNYA. Carilah bekalan, maka sesungguhnya sebaik-baik bekalan ialah bertaqwa kepada Allah. Maka sesungguhnya Berjaya dan selamatlah orang-orang yang bertaqwa kepada Allah.

سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَىٰ بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا ۚ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ

Maksudnya: Maha suci Allah yang telah menjalankan hambanya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid haram (Makah) ke masjid Al- Aqsa (Palestin), yang kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar , lagi Maha Mengetahui. (Surah Isra’:1)

Saudaraku muslimin yang dirahmati Allah,

Ayat ini memperingati peristiwa isra’ dan mikraj, dimana nabi Muhammad S.A.W dijemput menjadi tetamu Allah S.W.T untuk melihat ayat-ayat (tanda-tanda) kekuasaanNYA. Perjalanan dari Mekah ke Baitul maqdis dan naik kelangit memberi makna yang sangat besar. Ditemukan dengan Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul A.S di Baitul Maqdis. Dari situ dibawa kelangit sehingga Sidratul Muntaha.

Baitul Maqdis menjadi perintahan diantara bumi dan langit, menemukan langit dan bumi, dunia dan akhirat, menemukan Nabi-nabi dan Rasul-rasul A.S untuk ditunjukan kebesaran Allah ketika Muhamad S.A.W diutus menjadi Rasul kepada seluruh dunia. Bagaimana Rasul yang diutuskan keseluruh dunia telah mendapat tentangan di Mekah Al-mukaramah oleh keluarga dari kalangan bangsa arab yang keras dan zalim. Bagaimana bumi yang kering yang tidak ada harta boleh membina kekuatan untuk  membawa ajaran Islam keseluruh pelusok dunia. Bagaimana islam hendak disampaikan kerana dikepung oleh kuasa-kuasa besar dunia seperti Farsi, Rom, China, Mesir dan lain-lain lagi, disamping kiblat-kiblat arab yang ganas. Bagaimana Islam hendak disebarkan keseluruh pelusok dunia.

Maka Allah S.W.t menunjukan kebesaranNYA pada malam Isra, Dan Mikraj untuk menyatakan keseluruh dunia bahawa semua kerajaan yang ada didunia yang menentang Islam islam di dunia ini adalah habuk yang halus dibawah kekuasaan Allah S.W.T yang tiada bandingan dan tiada tandingan. Islam dari Allah S.W.T dan Muhammad S.A.W dilantik oleh Allah S.W.T keseluruh pelusuk dunia.

Kita menyaksikan selepas kewafatan Rasulullah S.A.W mengingatkan para sahabat R.A  kepada firman Allah Taala:

وَمَا مُحَمَّدٌ إِلَّا رَسُولٌ قَدْ خَلَتْ مِنْ قَبْلِهِ الرُّسُلُ ۚ أَفَإِنْ مَاتَ أَوْ قُتِلَ انْقَلَبْتُمْ عَلَىٰ أَعْقَابِكُمْ ۚ وَمَنْ يَنْقَلِبْ عَلَىٰ عَقِبَيْهِ فَلَنْ يَضُرَّ اللَّهَ شَيْئًا ۗ وَسَيَجْزِي اللَّهُ الشَّاكِرِينَ
( سورة ال عمران: 144)

Maksudnya: Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul yang sudah pun didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh). Jika demikian, kalau dia pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi kafir)? maka (ingatlah), sesiapa yang berbalik (menjadi kafir) maka dia tidak akan mendatangkan mudharat kepada Allah sedikitpun dan (sebaliknya) Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur (akan nikmat islam yang tidak ada bandingan itu). (Surah Ali-Imran:144).

Baitul maqdis yag ditakluk oleh Rom Bizaitin, kuasa besar dunia dijatuhkan dizaman khalifah Umar Ibn Al-Khatab R.A. Baitul Maqdis, bumi Anbiya, bumi nabi-nabi, dan qiblat pertama yang diasaskan oleh nabi Ibrahim A.S disamping mekah Al-Mukaramah tempat berdirinya kaabah. Baitul Maqdis yang dirasmikan oleh Rom Timur, Kristian yang menyeleweng dikalangan oleh Islam dizaman Saidina Umar Ibn Al-Khatab R.A.

Ketika Amir mukminin Saidina Umar Ibn Al-Khatab R.A melawat Baitul Maqdis disampaikan ucapanya yang terkenal kepada para sahabat R.A dan orang-orang Islam yang hadir. Antara lainnya menegaskan;

نحن قوم أعزنا الله بالإسلام فمهما ابتغينا العزة بغيره أذلنا الله

Maksudnya: Kita adalah umat yang diberi kemulian oleh Allah dengan Islam, sekiranya kita mencari kemuliaan selain darinya nescaya kita menerima penghinaan daripada Allah.

Sejarah membuktikan baitul maqdis ditakluk sekali lagi oleh tentera Salib dan Kristian. Mereka menguasai Baitul Maqdis , membunuh penduduk –pendudunya Islam, sehingga berkelimpangan mayat dan mengalir darah yang banyak apabila orang-orang Islam leka dan meninggalkan ajaran Islam. Allah S.W.T  menunjukan Islam tidak boleh dikalahkan walaupun Baitul Maqdis ditawan oleh musuh. Allah menajnjikan Islam tidak boleh dikalahkan. Allah melahirkan Solehuddin A-Ayubi dari bangsa Kurdis memimpin orang-orang Islam dizaman itu membebaskan Baitul Maqdis yang ditakluk selama serratus tahun oleh tentera salib Kristian. Baitul Maqdis dibebaskan oleh Sultan Solehuddin A-Ayubi.

Dizaman muktakhir kita menyaksikan Baitul Maqdis ditakluk oleh orang-orang yahudi sehingga hari ini. Mereka sedang mengali lubang-lubang disekeliling Baitul Maqdis kononnya untuk mencari Tabut(peti Nabi Daud A.S), peti hikmah yang memberi kuasa untuk menakluk dunia.

Kejatuhan Baitul Maqdis dan Palestin seluruhnya apabila orang-orang arab meninggalkan Islam. Tahun 1948 Palestin ditawan oleh Yahudi dan Tahun 1967 Baitul Maqdis ditawan oleh Yahudi sehingga hari ini. Sepatutnya orang Islam sedar dan insaf mengapa jatuhnya Baitul maqdis jatuh ketangan musuh-musuhnya.

Namun Nabi S.A.W menjanjikan dalam satu hadis yang kan berlaku diakhir zaman:

لا تزال طائفة من أمتي ظاهرين على الحق لا يضرهم من خالفهم حتى يأتي أمر الله.
(رواه الترمذي)

Maksudnya: Akan tetap ada kalangan umatku kumpulan yang bangun menyatakan kebenaran, mereka tidak boleh dimudharatkan oleh orang-orang yang mengecewakan mereka sehingga datanganya urusan Allah.

Para sahabat bertanya:

من هم يَا رَسُولَ اللَّهِ

Maksudnya: Siapakah mereka itu, wahai Rasulullah?

Sabda Rasulullah S.A.W

هم اصحاب بَيْتِ الْمَقْدِسِ وَأكنافِ بَيْتِ الْمَقْدِس

Maksudnya: Mereka ialah penduduk Baitul Maqdis dan dikeliling baitul Maqdis.

Penduduk Baitul Maqdis dan sekitarnya diakhir zaman akan bangkit mempertahankan Islam. Mereka tidak boleh dikalahkan oleh sesiapa pun  termasuk orang-orang yang mengecewakan umat Islam. Kita menyaksikan pada hari ini benarnya sabda Nabi S.A.W. Negara-negara arab yang kaya taya dikelilingi Palestin mengecewakan palestin. Mereka sedang bersetongkol dengan misih-musuh Islam dari timur dan barat. Mereka membiarkan rakyat Baitul Maqdis yang dibunuh hari-hari dan mereka yang dibunuh hari-hari di Baitul Maqdis ini tidak menyerah kalah pada hari ini. Walaupun tidak banyak sumbangan yang diberi, tidak banyak senjata yang disumbangkan, mereka tidak menyerah kalah. Ada orang-orang islam yang pergi untuk menjadi pelancong atau pemerhati sahaja, bukan membantu mereka. Ini mengecewakan mereka. Orang-orang Islam mengecewakan mereka. Yang dating melawat jadi pelancong. Yang memerintah jadi penontonya tidak membantu Palestine, mereka mengecewakan rakyat Palestin.

Namun percayalah kebesaran Isra dan Mikraj menunjukan bahawa semua kuasa yang membiarkan umat Islam itu kecil dihadapan kekeuasaan Allah S.W.T. Allah memberi amaran didalam Al-Quran Al-karim:

وَإِنْ تَتَوَلَّوْا يَسْتَبْدِلْ قَوْمًا غَيْرَكُمْ ثُمَّ لَا يَكُونُوا أَمْثَالَكُمْ
(سورة محمد:38)

Maksudnya: Dan jika kamu berpaling (daripada beriman, bertaqwa dan berjuang) dia akan mengantikan kamu dengan kaum yang lain, setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu. (surah Muhammad:38).

Wahai orang-orang arab dan orang-orang yang mengaku Islam, kalau kamu berpaling, Allah gantikan kaum yang lain mempertahankan Islam. Mereka tidak seperti kamu. Itulah janji Allah yang memelihara agamanya.

بَارَكَ اللَّهُ ولَكُمْ فِي الْكِتَابِ والسُّنَةِ. وَنَفَعَنِى وَإِيَّاكُمْ بِالْآيَاتِ وَالْحِكْمَةِ. أَقُولُ قَولِى هَذَا وَاَسْتَغفِرُ الله العَظِيمَ لِى وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ المُسْلِمِينَ وَالمُسْلِمَاتِ إِنَّهُ، هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ.

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

seventy + = seventy three