Erdogen Versus Davutoglu III: Gagal Menghadapi Halangan Mr Arrogant

Karya terlaris dan tersohor tulisan Ahmet Davutoglu adalah berjudul ‘Strategic Depth’ yang terjual lebih 100,000 naskhah. Hakikatnya, ‘Strategic Depth’ ditulis pada zaman pemerintahan Presiden Erbakan. Ia merupakan strategi asal Parti Refah yang ditulis dalam akhbar parti itu tetapi belum dilaksanakan.

Ketika pemerintahan Erbakan, Parti Refag dipersoalkan mengenai hubungan antarabangsa yang didakwa gagal di peringkat antarabangsa. Dalam tempoh 1986-2002, tulisan-tulisan Davutoglu diterbitkan bagi menjawab kaedah dan strategi politik Islamis di peringkat antarabangsa. Kemudian, tulisan-tulisan ini dibukukan dalam ‘Strategic Depth’.

Davutoglu diberi peluang utk merealisasikan kaedah dan strategi itu. Beliau pernah dilantik sebagai penasihat hubungan antarabangsa, Menteri Luar dan Perdana Menteri. Namun, ruang diberikannya agak terhad kerana Davutoglu hanyalah pekerja kepada majikannya iaitu Abdullah Gul dan Erdogen.

book-artikel4bBanyak halangan Davutoglu menjadikan teori karyanya kepada realiti. Teorinya dipersoalkan kejayaan dan kegagalan, tetapi tidak adil mengatakan beliau adalah gagal kerana peluang adalah berdasarkan ruang yang diberikan kepadanya.

‘Strategic Depth’ umpama strategi dua lapis. Lapisan pertama adalah berkenaan rantau negara Islam. Cadangan Davutoglu dalam lapis ini adalah mengaut sokongan masyarakat dan negara Islam. Lapisan kedua pula adalah lapisan untuk rantau Eropah yang dibina atas dasar ekonomi dan perdagangan.

Namun, jikalau diamati, dua lapis dasar ini adalah dasar pragmastime walaupun disulami dengan idea Islamisme. Turki pernah berbaik dengan Israel, Syria dan Libya. Kemudian, publisiti besar-besaran dibuat menampakkan Turki berbaik dengan semua pihak termasuk Muammar Ghaddafi dan Bashar Assad. Hubungan Turki-Israel ditenggelamkan walaupun akhbar Amerika sudah beberapa kali menerbitkan hubungan terlarang ini.

Turki digambarkan berbaik dengan semua pihak walaupun dengan Ikhwan Muslimin di zaman Presiden Morsi dan Hamas yang berhadapan Israel. Dalam masa yang sama, Turki berbaik dengan Arab Saudi agar menghadapi Iran. Semua ini adalah adaptasi strategi Davutoglu sebagai pemikir hubungan antarabangsa.

Hakikatnya, Turki masih di bawah telunjuk Amerika. Pengkalan tentera Amerika adalah antara terbesar. Turki adalah di tengah-tengah konflik Timur Tengah, Rusia, NATO dan Amerika. Turki tidak boleh bersendirian yang bercita-cita tinggi menjadi seperti zaman kemegahan Empayar Otmaniyyah tetapi hakikatnya kebolehan Turki tidaklah sehebat mana.

Idea Davutoglu sebenarnya banyak perlu dipelajari tapi terlalu banyak halangan. Halangan utama adalah Mr Erdogen a.k.a Mr Erogen (Arrogant). Sesiapa yang tidak sehaluan dengannya dan melawannya pasti terpelanting.

Davutoglu perlu belajar dari nasib pemikir Tukri iaitu Fathullah Gulen yang pernah membantu Erdogen memenangi pilihanraya. Namun, selepas tidak sebulu dengannya, Gulen terpaksa hidup dalam buangan di Amerika. Dalam kegawatan Erdogen versus Gulen, Davutoglu menjadi penyelamat Erdogen dan AKP dalam pilihanraya. AKP menang besar. Namun, seperti nasib Gulen, Davutoglu tersungkur apabila khidmatnya tidak diperlukan.

Habis madu, sepah dibuang.

Dr Muhammad Atiullah
Akademi al-Ghazali

 

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

forty − = 35