Erdogen Versus Davutoglu: Erdogen Menepis Isu Rasuah Dan Transparancy

Turki, Parti Keadilan dan Kebajikan (AKP) dan Erdogen sememangnya sudah lama menjadi buah mulut media sosial dan media antarabangsa. Gambaran kekuatan Turki, model post-Islamisme diterajui AKP dan icon pemimpin contoh yang digambarkan terhadap Erdogen.

Gambaran-gambaran tersebut tidaklah benar tetapi gimik semata-mata. Turki tidaklah sekuat mana. Buktinya, Turki terpaksa berpaut kepada Kesatuan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) apabila Rusia mempersoalkan jet pejuang Rusia ditembak jatuh.

AKP juga bukanlah Islamis walaupun ditempel gelaran post-Islamism kerana post-Islamisme hanyalah berideologi sekular bukan berpaksi kepada agama. AKP berselindung atas sikap berpakat dengan golongan tentera Turki yang sememangnya sekular.

Kini, Erdogen yang mewarnai watak pemimpin Islam contoh pula dipertikaikan kerana skandal rasuah yang berpanjangan dan tiada kesudahan. Banyak episod pendedahan rasuah.

Episod pertama, kumpulan Gulen mendedahkan kes rasuah terhadap anak kandung Erdogen. Kes ini tidak ditangani dengan baik. Fathullah Gulen terpaksa duduk dalam buangan di Amerika. Media sosial dihalang bagi menghadapi pilihanraya. Erdogen menang dengan permainan kotor.

Episod kedua pula membabitkan penyeludupan petrol di sempadan Turki. Ramai wartawan ditangkap dan dipenjara bagi menutup bukti dan mengawal media. Apabila Rusia mendedahkan bukti, Erdogen memainkan provokasi bukan menolak bukti. Erdogen menang dengan taktik kotor.

Episod ketiga adalah episod terkini. Mahkamah membicarakan kes rasuah membabitkan empat kementerian di bawah Erdogen. Bagi menghadapi kes ini, Erdogen bermain kotor lagi. Menggunakan jawatannya untuk menutup kes, mencadangkan perlembagaan digubal bagi memberi kuasa terhadap presiden dan mendesak Davutoglu memberhentikan bill transparency dibentangkan di parlimen.

Semuanya adalah gara-gara untuk menutup kes rasuah terhadap Erdogen. Permainan kotor dan licik ini mengakibatkan Davutoglu meletak jawatan perdana menteri Turki dan presiden AKP.

Maka terserlahlah pembohongan media sosial dan antarabangsa. Turki, AKP dan Erdogen bukanlah icon contoh untuk umat Islam. Mereka dihiasi dengan permainan media massa agar nampak gah. Padahal, kosong di dalam. Bagaikan fatamorgana yang memberi harapan dan kekecewaan.

Dr Muhammad Atiullah
Penysarah UPSI

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

ten + = eleven